Sunday, July 11, 2010

Lawatan Ke Zoo & Muzium Taiping






Pada 11 Julai 2010 seramai 150 orang yang terdiri daripada ibu bapa dan kanak-kanak telah mengikuti lawatan ke Zoo dan Muzium Taiping. Kami bertolak dari PAPN Kuala Ketil pada pukul 8.00 pagi dan bertolak pulang pada pukul 7.00 petang menaiki dua buah bas persiaran. Kami juga singgah di Taman Tasik Taiping untuk berkelah sambil menikmati makanan tengahari. Program ini dianjurkan bersama-sama dengan PAPN Kepala Batas dan PAPN Tambun Tulang.

No comments:

Post a Comment