Sunday, July 11, 2010

Lawatan Ke Zoo & Muzium Taiping






Pada 11 Julai 2010 seramai 150 orang yang terdiri daripada ibu bapa dan kanak-kanak telah mengikuti lawatan ke Zoo dan Muzium Taiping. Kami bertolak dari PAPN Kuala Ketil pada pukul 8.00 pagi dan bertolak pulang pada pukul 7.00 petang menaiki dua buah bas persiaran. Kami juga singgah di Taman Tasik Taiping untuk berkelah sambil menikmati makanan tengahari. Program ini dianjurkan bersama-sama dengan PAPN Kepala Batas dan PAPN Tambun Tulang.

Saturday, June 19, 2010

Gotong-Royong





Pada 19 Jun 2010, aktiviti gotong-royong telah diadakan bagi membersih dan menceriakan PAPN Kuala Ketil dan kawasan sekitarnya. Semua ibu bapa telah terlibat dan bersama-sama membersihkan PAPN Kuala Ketil.

Sunday, May 23, 2010

Sukaneka





PAPN Kuala Ketil telah menganjurkan Hari Sukaneka pada 23 Mei 2010, bertempat di Padang Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Inas, Bakai, Kuala Ketil. Seramai 150 orang yang terdiri daripada ibu bapa dan kanak-kanak serta masyarakat setempat telah menyertai program ini.

Sunday, March 21, 2010

Setiap anak PERMATA negara

Selamat datang ke blog Pusat Anak Permata Negara (PAPN) Kuala Ketil, Kedah Darulaman.